.

.

Profil Sekolah



 SEJARAH SEKOLAH



     Sekolah   ini ditubuhkan pada 15 Julai 1952. Telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Besar Tampin. Ditubuhkan di atas permintaan orang ramai dengan usaha En. Abdul Wahab (Penghulu Pesaka Mukim Tebong) dan En. Maasar bin Sanggup (Penghulu Tanah Mukim Tebong).

    Sebelum sekolah ini ditubuhkan anak-anak Mukim Tebong bersekolah di Kampung Keru dan Tebong ,Melaka yang jaraknya lebih kurang 5 kilometer. Selepas ditubuhkan, sekolah bermula dengan darjah satu yang muridnya berjumlah 25 orang sahaja.Bangunan sekolah merupakan sebuah rumah bekas bangunan rumah kastam (JKR No. 709). Guru yang bertugas ketika itu ialah En. Muhamad b. Hj. Abd. Rahman.

    Pada tahun  1953 kelas  mulai bertambah iaitu darjah dua manakala pada tahun 1954 darjah 3 pula diwujudkan. Bangunan tambahan telah dibina secara gotong-royong oleh penduduk kampong. Kerajaan pula telah memberi bantuan 80 keeping atau zing. Pada tahun 1959 kerajaan telah membina sebuah bangunan baru berukuran 60  x  24 kaki (tidak berbilik) menggantikan bangunan gotong-royong kerana telah wujudnya kelas hingga ke darjah 6. Pada tahun 1974 kerajaan telah membina  sebuah bangunan batu dua tingkat (JKR 1148). Bangunan ini mengandungi sebuah pejabat, sebuah bilik guru,
 sebuah setor, empat buah dilik darjah dan tandas guru dan murid. Pada hari ini ketiga-tiga bangunan masih lagi digunakan .Walau bagaimana pun bangunan yang ada masih tidak mencukupi.

    Pada 21.03.2013 nama sekolah telah di tukarkan kepada Sekolah Kebangsaan Tunku Syed Syaaban yang telah di rasmikan oleh Yang Amat Mulia Tunku Syed Razman, Tunku Besar Tampin. Ini adalah kerana nama sekolah yang lama sama dengan nama sekolah di daerah Melaka.






No comments:

Post a Comment